PERANAN
ASEAN
Penunubuhan asean bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau.
Negara-negara angota bagi ASEAN ialah BRUNEI DARUSSALAM, FILIPINA, INDONESIA,
KEMBOJA, LAUS, MALAYSIA, MYANMAR, SINGAPURA, THAILAND DAN VIETNAM.Kepentingan
Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara anggota ASEAN adalah untuk
mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian kerjasama dari aspek ekonomi,
politik, sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan serta
kepentingan sosial. Salah satu persetujuan yang telah dibuat dalam bidang
keselamatan ialah menerima konsep South East Asia Nuclear Weapon Free Zone
(SEANWFZ), iaitu menjadikan rantau ASEAN bebas daripada tenaga nuklear. Negara
anggota Asean juga bersetuju menerima konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN),
iaitu bebas daripada persaingan kuasa besar. Dalam bidang pendidikan, ASEAN
telah bersetuju menubuhkan Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMEO), iaitu perkongsian kepakaran untuk dipelajari oleh para pelajar dari
negara anggota. Dalam bidang kebudayaan,telekomunikasi dan kesenian, pelbagai
kerjasama telah dilaksanakan. Antaranya ialah Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN,
Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM
dengan TVRI dan RTV. Kerjasama dalam bidang ekonomi, penyelidikan dan perubatan
pula merangkumi penubuhan Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council),
pelaksanaan projek-projek perindustrian seperti projek baja urea. Projek vaksin
Hepatitis B, denggi dan Coxsakie B.