Wednesday 13 September 2017

ISI 4.3 PERANAN KOMANWEL

PERANAN PERANAN KOMANWEL
                                       
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British. KOMANWEL Adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan british. 
Dilangsungkan setiap empat tahun sekali,melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel.Kehadiran Sukan Komanwel biasanya 5,000 atlet Commonwealth Games Federation(CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel. Peranan Malaysia dalam komanwel seperti yang berikut:

  • Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan.
  • Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.
  • Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
  • Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.
  • Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka.

  • Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lain negara untuk belajar di negara kita.

No comments:

Post a Comment