Wednesday 13 September 2017

PENGENALAN DAN OBJEKTIF

Pengenalan

       Dasar Luar Malaysia yang berhubungkait dengan hal-ehwal serantau dan antarabangsa berfokus untuk mewujud keamanan dan keharmonian negara.Keamanan dan keharmonian sesebuah negara boleh dicapai melalui aktiviti kerjasama dalam bidang ekonomi,sosial dan politik. Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.Hubungan yang melampaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara dengan negara,bahkan merupakan hubungan yang turut melibatkan faktor faktor lain.


        Faktor-faktor tersebut terdiri daripada organisasi dan institusi antarabangsa,syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu.Kerajaan kita telah merancang dasar luar yang dinamik iaitu tidak kaku,tetap dan stereotaip,tetapi berupaya mengubah corak dan orientasinya selaras dengan maklum balas yang diterima oleh kerajaan serta setimpal dengan tuntutan masa serta keperluan negara.




OBJEKTIF


Secara ringkas, Objektif-objektif dasar luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.

No comments:

Post a Comment