Wednesday 13 September 2017

ISI 4.1 PERANAN ASEAN

PERANAN ASEAN
                                              
                                            



                                                 

Penunubuhan asean bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau. Negara-negara angota bagi ASEAN ialah BRUNEI DARUSSALAM, FILIPINA, INDONESIA, KEMBOJA, LAUS, MALAYSIA, MYANMAR, SINGAPURA, THAILAND DAN VIETNAM.Kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara anggota ASEAN adalah untuk mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian kerjasama dari aspek ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan serta kepentingan sosial. Salah satu persetujuan yang telah dibuat dalam bidang keselamatan ialah menerima konsep South East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ), iaitu menjadikan rantau ASEAN bebas daripada tenaga nuklear. Negara anggota Asean juga bersetuju menerima konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN), iaitu bebas daripada persaingan kuasa besar. Dalam bidang pendidikan, ASEAN telah bersetuju menubuhkan Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO), iaitu perkongsian kepakaran untuk dipelajari oleh para pelajar dari negara anggota. Dalam bidang kebudayaan,telekomunikasi dan kesenian, pelbagai kerjasama telah dilaksanakan. Antaranya ialah Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTV. Kerjasama dalam bidang ekonomi, penyelidikan dan perubatan pula merangkumi penubuhan Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council), pelaksanaan projek-projek perindustrian seperti projek baja urea. Projek vaksin Hepatitis B, denggi dan Coxsakie B.



                                  

No comments:

Post a Comment