Wednesday 13 September 2017

MUKA HADAPAN



ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

NAMA PENSYARAH:
MARZUKI BIN SEPIAAIL

SESI JUNE 2017

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

NAMA AHLI KUMPULAN:
1.  THILLAI NAVINDREN A/L THILLAI SARAVANAN (15DEP17F1024)
2.  DENESH A/L KALIESWARAN (15DEP17F1030)

3.  SARAVANAN A/L ARIVANANTHAM (15DET17F1094)

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN
·       PENGENALAN DAN OBJEKTIF
·       ISI-ISI UNTUK ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
·       ISI 4.1: PERANAN ASEAN
·       ISI 4.2: PERANAN OIC
·       ISI 4.3: PERANAN KOMANWEL
·       ISI 4.4: PERANAN NAM
·       ISI 4.5: PERANAN PBB
·       KESIMPULAN
·       RUJUKAN

PENGENALAN DAN OBJEKTIF

Pengenalan

       Dasar Luar Malaysia yang berhubungkait dengan hal-ehwal serantau dan antarabangsa berfokus untuk mewujud keamanan dan keharmonian negara.Keamanan dan keharmonian sesebuah negara boleh dicapai melalui aktiviti kerjasama dalam bidang ekonomi,sosial dan politik. Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.Hubungan yang melampaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara dengan negara,bahkan merupakan hubungan yang turut melibatkan faktor faktor lain.


        Faktor-faktor tersebut terdiri daripada organisasi dan institusi antarabangsa,syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu.Kerajaan kita telah merancang dasar luar yang dinamik iaitu tidak kaku,tetap dan stereotaip,tetapi berupaya mengubah corak dan orientasinya selaras dengan maklum balas yang diterima oleh kerajaan serta setimpal dengan tuntutan masa serta keperluan negara.




OBJEKTIF


Secara ringkas, Objektif-objektif dasar luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.

4.0 ISI-ISI UNTUK ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

ISI-ISI UNTUK ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
1.    PERANAN ASEAN
2.    PERANAN OIC
3.    PERANAN KOMANWEL
4.    PERANAN NAM

5.    PERANAN PBB

ISI 4.1 PERANAN ASEAN

PERANAN ASEAN
                                              
                                            



                                                 

Penunubuhan asean bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau. Negara-negara angota bagi ASEAN ialah BRUNEI DARUSSALAM, FILIPINA, INDONESIA, KEMBOJA, LAUS, MALAYSIA, MYANMAR, SINGAPURA, THAILAND DAN VIETNAM.Kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara anggota ASEAN adalah untuk mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian kerjasama dari aspek ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan serta kepentingan sosial. Salah satu persetujuan yang telah dibuat dalam bidang keselamatan ialah menerima konsep South East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ), iaitu menjadikan rantau ASEAN bebas daripada tenaga nuklear. Negara anggota Asean juga bersetuju menerima konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN), iaitu bebas daripada persaingan kuasa besar. Dalam bidang pendidikan, ASEAN telah bersetuju menubuhkan Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO), iaitu perkongsian kepakaran untuk dipelajari oleh para pelajar dari negara anggota. Dalam bidang kebudayaan,telekomunikasi dan kesenian, pelbagai kerjasama telah dilaksanakan. Antaranya ialah Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTV. Kerjasama dalam bidang ekonomi, penyelidikan dan perubatan pula merangkumi penubuhan Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council), pelaksanaan projek-projek perindustrian seperti projek baja urea. Projek vaksin Hepatitis B, denggi dan Coxsakie B.



                                  

ISI 4.2 PERANAN OIC

Peranan-peranan Malaysia dalam pertubuhan OIC
                                 

  •   Peranan Malaysia dalam pertubuhan OIC ialah meujudkan satu forum khusus  untuk negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama ummah ,khususnya mengenai konflik israel dan paleJUstin.
  • Selain itu Malaysia juga menghantar bantuan makanan kepada mangsa peranf di Bosnia yang mengalami masalah akibat serangan Serb.
  • Malaysia juga telah memberi sumbangan terbesar dalam pembangunan Universiti islam Antarabangsa(UIA) dengan kerjasam OIC.
  • Malaysia juga menyokong aktiviti dan pembangunan Islam (Islamic development bank-IDB).Juga sering menganjurkan persidangan negara-negara Islam dari semasa ke semasa .
  • Ini juga antara usaha Malaysia dalam menyelesaikan konflik antara Iran dan Iraq.
  • Pada Ogos 1988,sepasukan 15 pegawai tentera dari Malaysia telah dihantar untuk menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
  • Memberi sokongan kepada pejuang Palestin .
  • Membenarkan Mujahiddin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984
  • Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap
  • Mengganjur persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002
  • Menyediakan peruntukan biasisiwa 

ISI 4.3 PERANAN KOMANWEL

PERANAN PERANAN KOMANWEL
                                       
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British. KOMANWEL Adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan british. 
Dilangsungkan setiap empat tahun sekali,melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel.Kehadiran Sukan Komanwel biasanya 5,000 atlet Commonwealth Games Federation(CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel. Peranan Malaysia dalam komanwel seperti yang berikut:

  • Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan.
  • Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.
  • Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
  • Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.
  • Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka.

  • Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lain negara untuk belajar di negara kita.

ISI 4.4 PERANAN NAM

PERANAN-PERANAN NAM
·   Menggalakkan negara membangun terus bersuara tentang masalah yang dihadapi dan mengekallkan keamanan dunia;
·       Mengadakan diplomasi pelbagaian melalui PBB;
· Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama masalah kemiskinan;
·       merangsang perpaduan dan penyatuan sesama negara anggota;     
·  Sidang kemuncak NAM diadakan di Kuala Lumpur pada 2003 dan mengisytiharkan Deklarasi Kuala Lumpur yang menggalakkan kerjasama multilateral anata negara anggota;
·       mewujudkan pejabat perwakilan di Ethiopia, India, Nigeria, Sri Lanka, Yugoslavia dan Mesir;
·      melancarkan “portal e-Sektretariat NAM 2004” yang bertindak sebagai pengkalan data;
·  Menganjurkan Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar berkenaan Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004 dan di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004;

· menggabungkan penyataan tentan Palestin dalam dokumen Muktamad; menghadiri Persidangan Afro-Asia di Bandung, Indonesia pada tahun 2005.

ISI 4.5 PERANAN PBB

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

·         Bagi menjamin, menjaga mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.
·  Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan-tindakan negara anggota (menyelesaikan perselisihan dan tindakan politik)Menyatupadukan penduduk dunia.
·        Mempromosikan nilai kesederhanaan (moderasi) pada peringkat global
·  Mendesak penggunaan kaedah perantara berbanding dengan ketenteraan dalam penyelesaian konflik. Mendokong operasi pengaman secara berterusan.
·         Membantu mempromosikan proses keamanan di negara yang bergolak.
·       Meneruskan perundingan dalam usaha memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh.

KESIMPULAN

KESIMPULAN

          Kesimpulan keseluruhan sejarah ini,sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku di negara sendiri.Hal ini kerana,sesuatu yang berlaku di sekeliling kita akan memberi kesan kepada kehidupan seharian masyarakat Malaysia pada masa ini atau pada masa yang akan datang.Antara isu-isu yang diberi tumpuan penting oleh kerajaan Malaysia pada masa ini adalah tentang dasar luar negara,isu pembangunan alam sekitar dan juga pembangunan modal insan.Ketiga-ketiga tersebut merupakan perkara utama yang boleh menentukan hala tuju pembangunan negara.Jika ketiga-tiga perkara ini tidak diberi perhatian,ia mungkin akan memberi kesan kepada pembangunan,politik,ekonomi dan sosial negara.

RUJUKAN

RUJUKAN

RUJUKAN

OBJEKTIF-https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjrxtWO-aXWAhUCa7wKHQxTBVQQFggoMAA&url=http%3A%2F%2Fsempoiaja.blogspot.com%2F2014%2F10%2Fisu-isu-keprihatinan-negara.html&usg=AFQjCNEkJxyE1gU3WqY49B3jA8hAXCcAeg
PERANAN ASEAN-BUKU PENGAJIAN MALAYSIA SIRI POLITEKNIK (M/S 166-168)
PERANAN PBB- BUKU PENGAJIAN MALAYSIA SIRI POLITEKNIK (M/S 174)